2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.
3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!
4. Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.
5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular! -8 Mac 12 (IH/Hrkh)
Sebelum ini..
- Kedah: Terserlah Kepimpinan Phahrolrazi (Video)
- Syabas Phahrolrazi, Terima Exco Bersyarat
- Phahrolrazi calon tepat pilihan ganti MB Kedah?
- Kemelut, PAS, Seluruh Pimpinan Ke Kedah Esok.
- Dialog Dg Azizan Razak, Akhiri Krisis PAS Kedah?
- Kedah Jawab 1j Bantu Mangsa Banjir -Datuk Phahrolrazi
- Kedah Bantu Langsai Hutang Rumah -Datuk Phahrolrazi
- U/M'sia, Azizan Tumbang Sebelum PRU13?
- MB Kedah Perlu Ditukar, 3 Muka Baru Layak ...
No comments:
Post a Comment