Saturday, March 10, 2012

Konsert Maya Jepun, Bolehkah Ceramah.. Begitu?


SEJUMLAH penonton persembahan Hatsune Miku di Tokyo kelmarin.

HALAMAN HIBURAN

TOKYO - Semua 10,000 tiket untuk empat konsert penyanyi maya, Hatsune Miku di sini habis dijual dalam tempoh hanya beberapa jam walaupun harganya mahal iaitu AS$76 (RM228) sekeping. Dua konsert itu diadakan kelmarin dan dua lagi semalam di sini.

Miku adalah imej janaan komputer berdasarkan program pensintesisan suara yang dibangunkan oleh syarikat Crypton bagi membolehkan pengguna menghasilkan muzik mereka sendiri. Imej penyanyi wanita itu direka syarikat tersebut tetapi lagu nyanyian Miku dicipta oleh peminatnya.

Pada konsert berkenaan, imej Miku dipaparkan di skrin pentas manakala beribu-ribu lagi peminat membanjiri 24 panggung wayang untuk menyaksikan siaran langsung konsert penyanyi digital itu.

"Konsert ini sungguh menakjubkan, hati saya seperti masih menari. Saya berasa tidak dapat tidur pada malam ini kerana teruja," kata seorang wanita berusia 21 tahun, Yuya Ofuji selepas menonton persembahan Miku.

Seorang lagi peminat, Hazuki Koide menunjukkan dedikasinya dengan berpakaian seperti Hatsune Miku. Siri konsert berkenaan turut disiarkan di panggung wayang di Shanghai, Hong Kong dan Taiwan. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah ceramah siaran langsung pembangkang dibuat begitu di Malaysia? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails