Kota metropolitan ini yang mencatat perbelanjaan perkahwinan sekitar AS$65,824 (RM202,701) muncul bandar raya termahal untuk berkahwin di AS.
Negeri Virginia Barat pula merekodkan kos perkahwinan paling murah di negara kuasa besar berkenaan iaitu purata AS$14,203 (RM43,716).
Senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik oleh dua laman web tersebut terhadap 18,000 pengantin yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu di AS.
"Buat kali pertama sejak 2008, bajet perkahwinan kini meningkat," kata pengasas bersama The Knot, Carley Roney.
"Pada tahun 2011, satu dalam setiap lima pasangan di AS membelanjakan lebih AS$30,000 (RM92,394) manakala 11 peratus pula membayar lebih AS$40,000 (RM123,192) untuk berkahwin," tambahnya.
Editor laman web TheKnot.com, Anja Winikka berkata, faktor ekonomi AS yang semakin pulih menyumbang kepada kenaikan kos perkahwinan di negara itu. - REUTERS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana perbelanjaan perkahwinan dalam Islam?
Mengadakan majlis perkahwinan bertujuan meraikan pasangan yang bernikah dan menghebahkan berita gembira itu kepada saudara-mara serta masyarakat sekeliling. Makluman itu juga bagi mengelak fitnah serta prasangka dalam masyarakat.
Namun, matlamat majlis perkahwinan kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal apabila wujud perasaan ingin memastikan kenduri yang diadakan lebih meriah daripada orang lain dan memiliki kelainan. Menganjurkan majlis gilang-gemilang secara besar-besaran tidak dihalang tetapi sebaiknya niat hendaklah menepati kehendak syarak dan tidak menyebabkan timbul masalah kemudian hari seperti menanggung hutang.
Bahkan, digalakkan mereka yang berkemampuan untuk mengadakan majlis untuk meraikan serta menjamu tetamu tanpa mengira latar belakang serta pangkat bagi meluaskan pahala bersedekah.
Bagaimanapun, tidak dinafikan, masyarakat hari ini berlumba-lumba menganjurkan majlis kenduri walaupun sedar perancangan dibuat ada kalanya melampaui kemampuan semata-mata ingin menyaingi orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra, ayat 27)
Mengadakan majlis walimatul urus adalah sunat muakad kepada golongan yang mampu.
Daripada Anas Malik, Rasulullah SAW melihat di kepala Abdul Rahman Auf kesan kuning, lalu Baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)
Malangnya, majlis perkahwinan masa kini sudah bermula dengan bibit awal pembaziran melalui kad undangan yang dicetak eksklusif dan mahal harganya. Itu belum mengambil kira pakaian pengantin, pelamin, solekan, hantaran, tema, sistem bunyi dan cenderahati untuk tetamu.
Semua persediaan walaupun untuk barangan kecil akan membabitkan kos yang ada kalanya membebankan pengantin dan keluarga tetapi hendak juga disediakan kerana semua pasangan yang berkahwin melakukan perkara sama.
Fenomena majlis kenduri yang gah dan penuh pembaziran wajar dielak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Sebaik perancangan untuk pengantin selain menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran ialah persediaan menempuh alam hidup berumah tangga. Ini termasuk merancang kewangan keluarga. Jika semua simpanan dihabiskan untuk majlis perkahwinan, bagaimana dengan pelan membina kehidupan berkeluarga. Bebanan hutang hanya akan mendatangkan masalah kepada pasangan suami isteri yang baru mengenal alam rumah tangga.
Adalah tidak wajar mereka dibebankan dengan masalah kewangan majlis kenduri. Oleh itu, di sebalik keghairahan merancang majlis perkahwinan, sebaiknya bakal suami isteri mempersiapkan diri dengan memahami tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan rumah tangga disinari kasih sayang dan persefahaman.
Pasangan bakal berkahwin jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya meneladani konsep perkahwinan yang sederhana dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Sikap bersederhana mengelak umat Islam terjerumus pembaziran yang hanya akan merugikan bukan saja dari aspek mengadakan majlis perkahwinan, juga dalam pelbagai tuntutan kehidupan yang lain.
Kemeriahan majlis perkahwinan bukan terletak pada mahalnya kos penganjuran kerana majlis yang sederhana juga boleh meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu jika dilaksanakan mengikut syariat Islam melalui amalan gotong royong serta hubungan bermasyarakat.
Merujuk kepada majlis pertunangan anak PM Malaysia kini, ramai mempertikaikan pembaziran, guna wang banyak, adakah wang peribadi PM atau wang kerajaaan, majlis ada minuman keras? Itu baru majis jodoh. Dan macam-macam.. Tetapi yang jelas ada, campur lelaki perempuan bukan muhrim, tidak tutup aurat menurut Islam.
Apa nak hairan isteri PM sendiri pun tidak bertudung lingkup, dan sanggup peluk cium dengan bukan muhrim di khalayak ramai. Oh, malang negara umat Islam mempunyai isteri pemimpinnya begitu!
Tambahan..
Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.
Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :
- Kos untuk ubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Sri Perdana) – Menerima suntikan RM65 juta hanya untuk 2 tahun sahaja
- Bil elektrik (Kediaman rasmi) Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri sekitar RM160,000 sebulan dan bil air pula adalah sebanyak RM33,000 sebulan
Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor itu bagi kami bukanlah sesuatu yang harus diberikan perhatian utama, itu hak mereka jika ia menggunakan dana sendiri. Tiada masalah. Dengan memegang status sebagai pemimpin negara, takkanlah beliau mahu buat majlis ini dalam keadaan serdahana pula, bukan? Walaupun diadakan secara tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :
- menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
- makanan-makanan laut
- dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
- dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
- jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
- tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?
Sekali lagi kalau nak buat majlis semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket & simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.
Dan di bawah ini kami sertakan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sumber dokumen : Rafizi Ramli
Lihat...
1 comment:
parnqpcd rxeyqwnv [url=http://casquesxdedredesoldes.com/]casque beats[/url] jrqlrswm beats by dre fzpkcngs humbzlfl http://casquesxdedredesoldes.com/
Post a Comment