Saturday, March 31, 2012

Lagu Ini Mendorong Remaja Lari Dari Rumah?

HALAMAN HIBURAN

Zizan
Raja Lawak

Lagu 'Bawaku Pergi' digantung siaran

KL 31 Mac 12: Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi. Lapor Kosmo Online hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya.

Sementara itu, Weblog Ibnu Hasyim difahamkan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Lagu suruh buat kerja haram, jadi anak derhaka!

Sila lihat liriknya..

Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Boleh komen!
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Sheikh, kalau lagu ini memang nampak ada pengaruh negatif dalam senikata dia, berbanding lagu Rama-rama yang senikata ditulis oleh academician Azam Dungun yang tuan komen dulu.

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih, saya terima pandangan tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails