Sunday, March 04, 2012

Lihat, Wanita Bali Tidak Berbaju 100 Tahun Lalu..

CAPTURE dari filem dokumenteri yang dibuat wartawan Spanyol kira-kira tahun 1900an...


















Kalau masyarakat Bali ini mengikut peraturan dan cara hidup agama Islam, tentu mereka tidak berpakaian begini. Kerana tamadun Islam yang dibawa melalui Syariat Muhammad SAW telah wujud lebih lama lagi.

Antara garis-garis panduan pakaian wanita Islam adalah seperti berikut..

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.

Rasulullah saw bersabda:

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :

“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Sumber (mengenai aurat ini): http://www.hanan.com.my/

Kesimpulan: Sesudah masyarakat beradap meningalkan tamadun jahiliah kuno, 'berpakaian tetapi berteanjang', mangapa masih ada golongan yang mahu mengambil budaya itu kembali dan menganggapnya sebagai tamadun yang moden? Na a'uzubillahi zalik!(IH)

Lihat catatan perjalanan di Bali..

E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

18 comments:

Mohar Yahya said...

Salam...mohon bertukar link dgn teman:http://cikgupj.blogspot.com/

Ibnu Hasyim said...

Ok, al-hamdulillah.

ajib said...

mmg best, tunjuk gambar bugil. lepas tu bg ceramah agama. ceramah pasal zina tak mau buat? aku nak tgk gambar je

idris mat said...

jamu mata, lepas tengok gambar ini astaufarlah banyak2.

Abu Syaukah said...

matlamat tidak menghalalkan cara

Anonymous said...

Pergi belajar lagi mengenai hukum gambar aurat, jangan cepat menyalahkan orang yang tak sependapat dengan kita.

Maaf encik Abu. Beri hujjah kamu dari segi hukum dan strategi.

Anonymous said...

erkk.. stim..stim...

Anonymous said...

Pas buat semua BETUL.... jgn byk komen

Anonymous said...

Aku pompuan , tngok pun steam. Apa lagi lelaki. Mcm tngok gambar porno lak.
Patut disensor gambor2 ni.
Dulu2 punya citer, citer aje le, klu nak siar gambo, siarlah yg tak keterlaluan. Sbb kita ni Islam yg yakin tiap2 yg kita tulis, baca dll dicatat oleh malaikat.

Mcm kita dngar kisah di zaman Rasulaullah saw, org2 jahilliah bertawaf dlm keadaan telanjang, ok ape klu setakat dengar/baca.

Ikhlas dari saya.

Anonymous said...

assalam mualaikum warah matullahi wabarokatuh. tolong la kaburkan tang payudaranya.jgn lah kita mengaibkan org yg telah tiada.apakah HUKUMnya mengAIBkan org lain?nak2 pulak tg telah tiada.minta perhatian.

FartVader said...

Memetik posting blog..
Kalau masyarakat Bali ini mengikut peraturan dan cara hidup agama Islam, tentu mereka tidak berpakaian begini. Kerana tamadun Islam yang dibawa melalui Syariat Muhammad SAW telah wujud lebih lama lagi.

Saya kurang setuju dengan pendapat admin blog ini. Kebanyakan posting dalam blog ini boleh dikatakan bodoh dan tidak masuk akal. Ini jelas menunjukkan kebodohan admin blog yang saya rasa perlu kembali ke sekolah untuk belajar semula. Admin perlulah menngunakan akal dan otak yang dianugerahkan Tuhan sebelum membuat apa2 posting.

Komuniti pribumi di serata dunia masih lagi terasing dari peradaban dunia kerana faktor2 geografi dan sebagainya. Pendapat admin yang mengatakan komuniti pribumi tidak berpakaian kerana mereka bukan beragama islam adalah tidak rasional dan tidak betul.

Ini jelas menunjukkan admin blog ini mempunyai masalah IQ dan tidak mampu untuk berfikir denagan rasional.

Komuniti pribumi mempunyai adat, tatasusila dam , kepercayaan, dan moral masing2. MAlah saya percaya, status wanita dijunjung lebig tingggi pada masyarakat pribumi seperti di negara Brazil dan Amerika LAtin. Ia merupakan salah admin kerana tidak pandai BAhasa Inggeris dan tidak meninton dukemntari2 berkualiti dan informatif yang memaparkan status hidup komuniti pribumi di serata dunia.

Kalau mengikut logik dan pendapat admin, sudah tentu muhammad dan siti kadijah berbogel sebelum kedatangan islam. Adakah admin boleh terima kenyataan ini. Saya menggesa admin memadam posting ini dan menasihatkan admin supaya belajar berfikir menngunnak otak dan akal. Janagan sesekali membuat posting yang kurang cerdik .

Anonymous said...

Ini Artikel tolol yang pernah saya baca di Dunia Maya. admin blog ini benar-benar manusia tolol yang tidak memahami. tahukah anda bahwa itu peradapan Bali tempo dulu. jika kamu berjalan-jalan di Bali sekarang dan ingin melihat wanita Bali berbusana seperti diatas saya jamin 100% bahwa itu wanita gila. satu hal yang perlu admin catat baik-baik,, wanita bali bukan wanita jalang. suka mengumbar sensualitas. apa yang anda lihat pada film dokumenter adalah gambaran kehidupan tempo dulu yang sama sekali tidak ada hubungan dengan sensualitas, pornographi. INGAT... sensualitas dan porno itu akibat otak anda yang berpikir kotor. jadi kesimpulannya... Oknum(ISLAM) banyak terjebak karana otak mesum(kotor) mereka sendiri! menilai sesuatu hanya dari kaidahnya sendiri!

Anonymous said...

99% penduduk bali adalah hindu.. dlm 30thun kebelakangan ni saja bru org islam smpai di sana.. itu pun penduduk bali masih 99% hindu. nak suruh org hindu ikut nabi muhammad? apa kata umat nabi muhammad disuruh ikut pakaian hindu? mrh ke tidak? soal aurat ni, sentuh bab2 islam sudah la.. jgn kaitkan britney spears atau agama ananisme berdosa sbb tak tutup aurat.. nti dikata islam ni jht. x hormat agama lain.

Anonymous said...

Assalam
INGIN SAYA BERKONGSI PANDANGAN:
1.Orang yang stim tengok gambar lama ni elok pegi cek doktor, pasalnya perempuan dlam gambo ni semua dah mati.
2. Faktor perempuan n lelaki di mana-mana daerah di dunia ni bogel atau separuh bogel memang dipengaruhi oleh pengamalan agama yang songsang. Contohnya kes perempuan bali ni, mereka separuh bogel bukan hanya sebab faktor Bali beragama hindu tapi faktor mengamalkan kasta, sama juga mcm di india, perempuan india kasta rendah macam pariyah dulu2 jugak tayang buah dada. Kalau kita kaji sampai ke Parsi lama dan Mesir lama, hamba-hamba abdi atau dayang-dayang bogel terus. Cuba cari gambar Permaisuri atau kerabat diraja Bali yang perempuan. Mereka pakai baju. Yg tak pakai baju, cuma rakyat jelata yg dianggap hamba. Tengok lah sebuah kuil purba hindu di india yg dipenuhi dengan patung2 bogel dan berbagai posisi seks, termasuk dengan binatang. Jangan lupa, di Greek dan athens juga ada budaya perempuan mereka tunjuk buah dada. Tapi disebabkan hendak menunjukkn konon perempuan itu sama taraf dengan lelaki.
3. Dalam sejarah arab purba juga iaitu sebelum kedatangan Islam, memang terkenal acara seks bebas, ratu cantik bogel dan pembunuhan anak perempuan. Istri Abu Lahab, iaitu Umu Jamil adalah juara pertandingan ratu cantik bogel semasa mudanya. Namun di setiap bangsa dan zaman, Tuhan akan pelihara manusia yg berhati suci dan bencikan kejahatan. Nabi Muhammad dan para nabi yang lain adalah manusia suci pilihan Tuhan, mereka ini sejak lahir sehingga mati tidak pernah terlibat dengan kejahatan dan kebodohan. Namun mereka lah yang di tugaskan untuk membaiki dan memimpin bangsanya(Hanya Nabi Muhammad diutuskan untuk semua bangsa manusia) wlwpn tugas itu terlalu bahaya dan dimusuhi pula oleh bangsa yang sudah merasa sedap hidup dalam kejahilan. Orang-orang baik seperti Khadijah, Maryam, Asiah, dan ramai lagi mendapat pertunjuk dan Tuhan temukan dengan utusan-utusanNya di kalangan Nabi dan rasul dan menjadi pengikut mereka. Ada pula manusia baik yang tak berjumpa dengan nabi dan rasul ini, mereka itu digelar ahli fatrah ataupun manusia yg berjiwa bersih, wlwpn tidak menganut agama apa pun tapi mereka yakin Tuhan itu satu dan mereka tidak melibatkan diri dalam kejahatan masyarakat. Sama ada kejahatan rohani atau kejahatan fizikal
4. Kaum-kaum di pedalaman itu tidak memakai pakaian kerana kejahilan mereka sendiri seperti org asli, amazon, dan lain2. Semakin lama kebodohan mereka semakin tebal dan diwarisi pula oleh anak cucu keturunan mereka. Mereka hanya menjalani hidup sama seperti binatang lain di hutan, tanpa pernah memperdulikan petunjuk dari Tuhan, dan tak ingin membina tamadun kemanusiaan. Bagi mereka hidup hanya untuk hidup dan kemudian mati.
5. Apa pun agama kita, semua mengakui mengajak kepada kebaikan dan kemajuan. Jika sesuatu bangsa itu melakukan kejahatan dan kebodohan itu kerana agamanya telah bercampur dengan reka-rekaan para pemimpin, ahli agama dan raja yg zalim. Yg menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka sendiri. Sistem perhambaan dan kasta itu sendiri adalah bukti perintah agama tidak dijalankan sebaiknya lalu rakyat pun menjadi jahat malah lebih parah merasakan kejahatan, kebodohan, kejelekan itu satu perkara baik dan normal. Kerana fitrah semulajadi telah rosak sejak kecil lagi.
-fatimahazzahra_313@yahoo.com-

BJ said...

Ini penulis akun punya pandangan sempit! Nabi mu punya gundik banyak! Padahal sudah berpakaian mualimin. Kalo sudah otak rusak ya perbuatan juga rusak

Anonymous said...

Kalau tidak mau lihat jangan memandang. Urusan mereka kan? Kalau mereka (menurut anda) akan masuk neraka, ya bukan urusan anda. Kalau anda masuk surga ya urusan anda juga.

MSyahzwan said...

Apa yang dipaparkan diatas adalah perkara yang sudah berlaku seabad yang lalu. Hakikat tidak boleh berubah dan semamang itu lah apa yang kita sedang lihat sekarang.

Saya menolak soal kasta atau soal kedudukan maka mereka sebegituan. Tapi saya lebih percaya ini adalah cara kebanyakan wanita berpakaian dizaman tersebut.
Dan benarlah seperti Ibnu Hashim katakan kalau ajaran Islam yang sampai dahulu disana tentu sahaja tiada gambar gambar diatas apa seperti yang kita lihat sekarang.

Anonymous said...

ini yang membuat bali memiliki karakter cultural identity yang tidak dipaksakan.
kenalilah dahulu sebelum berpandangan. belajarlah sejarah dari realitas masakini, bukan dari buku-buku populer termasuk kitab suci.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails