KOTA BHARU, 15 Mac 12: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.
Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.
Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.
Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.
Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.
“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya. (Hrkh)
2 comments:
Salam,
Aziz Desa tu yang saya tau "KARAT BIRU", Kenapa bawa masuk ke Dalam GLC Kelantan, Macam Lepas Ulaq dalam selimut la kalau macam ni,
Dia tu UMNO 'TUA".
Anak Langkawio
Masih umno kah dia? Dulu bukan main lagi masa mengacarakan MHI pun emosi dengan pembangkang ni. Sepatutnya dia neutral.
Post a Comment