Wednesday, March 14, 2012

Pencuri Dihukum, Lakukan Seks Dg Kerbau..

SEORANG remaja yang ditangkap kerana mencuri (tidak dinyatakan apa yang dicurinya, mungkin mencuri binatang ternakan ini), telah ditelanjangkan. Setelah itu, remaja ini dipaksa menjilat kemaluan dan melakukan hubungan seks dengan kerbau yang ditambat pada sebatang pokok sambil aksinya dirakam. Kejadian tak bertamadun ini berlaku di negara jiran, Filipina.

Mari kita lihat dari sudut Islam:
Hukum Menyetubuhi Binatang (Zoophilia)

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derajat yang rendah.

Maka ia akan mendapatkan dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan kaldai, kera, atau apa pun dari semua binatang yang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam riwayat Abu Hurairah RA

“مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ الْبَهَائِمِ …”
“Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang….”
Hadits ini masih panjang.[1]

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,
“وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ التَّلَوُّطِ”

“Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.
[2]

Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan yang keji, bahkan ia berada pada posisi yang lebih besar kerana ia tidaklah menyetubuhi binatang, kecuali ketidaksanggupannya untuk bersetubuh dengan binatang, dalam berzina, gay, atau ia dalam keadaan sedang mengigau sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Hukum Menyetubuhi Binatang


Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ أَقْوَا :

* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ عَلَيْهِ.

* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ الزَّانِيْ.

* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ اللُوْطِيِّ.

”Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:

  • Yang pertama, ia dididik dan tidak dihukum.
  • Yang kedua, hukumannya sama seperti berzina.
  • Yang ketiga, hukumannya sama seperti gay.

وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : « مَنْ أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ »، قَالُوْا لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُب بِحَالٍ فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ”.

“Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW:

” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ “

“Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.[3]

Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak diperbolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ “

Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.”[4]

Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir.[5] Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata, “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatangnya dibunuh. Adapun alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA:

” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”

“Bagaimana dengan binatangnya?”

Beliau RA menjawab:

” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu… -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahwa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek, sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.”[6] Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah, beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh. Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm. 128.

Rujukan:

[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”

[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.

[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan, Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.

[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.

[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.

[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

SUMBER :

Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr.Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit Toobagus Publishing, Bandung. Ditulis untuk http://kaahil.wordpress.com

Dalam kes di atas, pelaku seks dengan kerbau itu dipaksa, dan bukan dalam masyarakat Islam

(IH/Pelbagai Sumber, Jan 2012)

No comments:

Post a Comment