Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat dari Masjid Putera itu diketuai bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dan juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Mereka berarak sambil memegang kain rentang sepanjang 100 meter yang dipenuhi tandangan peneroka seluruh negara yang turut membantah penyenaraian.
Selain itu belbagai poster bantahan turut dibawa termasuk yang bertulis “Kami tolak FGHV”, “Selamatkan Felda”.
Ada juga yang membawa kain rentang bantahan yang mewakili gugusan felda masing-masing.
Sepanjang perarakan itu juga mereka melaungkan slogan “Reformasi”, “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” sebagai bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda.
Mereka pada mulanya gagal memasuki pintu pagar utama ke pejabat Perdana Menteri ekoran kawalan ketat pasukan keselamatan. Bagaimanapun selepas berunding, lima daripada mereka dibenar masuk menyerahkan memorandum tersebut melalui pintu pengawal.
Mereka yang dibenar masuk adalah A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa. Memorandum bagaimanapun hanya diterima wakil Perdana Menteri ekoran Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah yang mangkat pagi tadi. (Hrkh)
Gambar-gambar demontrasi seperti di atas..
HANYA KEKALAHAN UMNO SAHAJA NASIB KITA ( PENEROKA ) AKAN TERBELA KEMBLI-------HIDUP PR
ReplyDeleteHANYA KEKALAHAN UMNO SAHAJA NASIB KITA ( PENEROKA ) AKAN TERBELA KEMBLI-------HIDUP PR
ReplyDeleteHANYA KEKALAHAN UMNO SAHAJA NASIB KITA ( PENEROKA ) AKAN TERBELA KEMBLI-------HIDUP PR
ReplyDelete