Friday, March 30, 2012

Penipuan Cinta Internet, Bagaimana Atasi?

SHAH ALAM - Kes penipuan cinta di Internet di negeri Selangor meningkat dengan 239 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 188 kes pada 2010 melibatkan nilai kerugian antara RM2,000 hingga RM60,000 setiap mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, kebanyakan mangsa merupakan wanita bujang dan janda berumur 35 tahun ke atas yang sedang mencari teman hidup.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, majoriti suspek melibatkan warga Afrika yang memperdaya mangsa dengan menggunakan kata-kata indah dan janji manis ketika berkenalan melalui Facebook atau Twitter bagi menawan hati.

"Setelah dapat meyakinkan mangsa, suspek berpura-pura mengirim hadiah bernilai jutaan ringgit kepada mangsa dan kemudian menyamar pula sebagai pegawai kastam dengan mendakwa barangan itu telah ditahan dan perlu dibayar cukai. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana mengatasinya? Kembalilah kepada pemilihan dan perkahwinan cara Islam. Syarat-syarat pilih jodoh, melalui sistem wali atau pihak ketiga sebagai pemantau, tentukan matlamat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment