Friday, March 30, 2012

Phahrolrazi-MB Kedah Makan Bersama, Al-hamdulillah!


ALOR SETAR, 30 Mac 12: Harkahdailynet hari ini melaporkan hubungan Datuk Phahrolrazi Zawawi dengan menteri besar dikatakan bertambah baik dan mereka dilihat bersama-sama makan dalam satu majlis di Kedah baru ini.

Phahrolrazi memaklumkan akan mematuhi arahan PAS dan tidak akan mengambil kisah apa-apa portfoliopun yang akan diberikan kepada beliau.

Phalrolrazi difahamkan, portfolio beliau akan dikurangkan, namun katanya, "Saya mematuhi arahan pusat dan terima perlantikan exco tidak kisah apa-apa portfolio pun."

Beliau akan hadir ke majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri Kedah yang dijangka akan berlangsung minggu depan. Phahrolrazi ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai majlis angkat sumpah itu.

"Surat belum terima, akhbar Sinar lapor dari sumber dalaman 5 April angkat sumpah," kata Phahrol kepada Harakahdaily.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan tarikh mengangkat sumpah exco adalah 5 April ini. Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh tidak mengangkat sumpah Exco ketika ia dijalankan sebelum ini berikutan perbezaan pendapat beliau dengan menteri besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Namun selepas campur tangan PAS Pusat, kedua-duanya bersedia menerima semula jawatan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

No comments:

Post a Comment