Thursday, March 29, 2012

Rendahnya Nilai Akhlak, Denda Tari Lucah RM25

TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai, hanya denda RM25. Inilah tarbiah UMNO

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Denda di bawah kesalahan 'mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam'. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Itulah 'tarbiah' UMNO. Apakata pemegang amanah menjaga agama Isam di negara ini? Jabatan agama dan pemimpin-pemimpin umat Islam Malaysia?

Lihat sebelum ini..

1 comment:

farahhazwani said...

askum..saya merasakan bahawa keruntuhan moral yang berlaku bukanlah salah mana-mana kerajaan yang memerintah...tapi setiap anak dan remaja itu didikannya perlu bermula dari rumah iaitu ibu bapa sendiri...hatta pemerintahnya seorang yang Islam dan Iman tapi sekiranya didikan dari rumah itu tidak mencerminkan akhlak dan iman yang baik,pasti bila keluar dari rumah,masalah yang sama pasti berlaku...berhenti dari menuding mana-mana pihak yang salah...kita cermin diri kita samada anak-anak di rumah sudah cukup terdidik dengan agamanya dan imannya...insyaAllah,bila ibu bapa memainkan peranan yg terpenting mendidik anak-anak sebaiknya maka hatta mana2 pihak tidak perlu dipersalahkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails