MP PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar
KL 30 Mac 12: Kerajaan telah membelanjakan RM608.68 juta sepanjang tempoh 12 minggu untuk kos lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah dibelanjakan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan kos lawatan ke Perak merupakan yang tertinggi sebanyak RM220.38 juta.
MP PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, pada 27 Mac, telah meminta Jabatan Perdana Menteri untuk menyenaraikan semua peruntukan yang diluluskan serta-merta untuk lawatan rasmi perdana menteri negeri-negeri tersebut. (IH)
1 comment:
Pembaziran sebigini memang x sepatutnya berlaku.PM sepatutnya hanya duduk diam di Putrajaya menunggu kerjasama diplomatik dan ekonomi datang dari negara lain ke negara ini.
Post a Comment