Saturday, March 10, 2012

Rotan Penjudi Di Aceh, Mana Lebih Zalim Rotan M'sia?


SEORANG pesalah judi dirotan di Langsa, Aceh semalam. Reuters

LANGSA, Indonesia: Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam.

Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam. Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah.

Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.

Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali. Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan. Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. - Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana lebih zalim, hukum rotan atau sebat di Aceh ini dengan hukum rotan/sebat di penjara Malaysia? Sebenarnya hukum sebat di Aceh ini tidak zalim bahkan mendidik manusia. Hukan sebat di Malaysia menyiksa, bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga keluarga mangsa, kerana tidak boleh kerja cari makan untuk keluarga dan lain-lain.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

1 comment:

MSyahzwan said...

Hukum sebat diMalaysia adalah sangat berbeza dengan hukum sebat diAcheh. Hukuman sebat diAcheh dilaksanakan keatas pesalah bila telah disabitkan dengan kesalahan syariah yang dilakukan.
Berbeza dengan hukum sebat diPenjara diMalaysia dimana pesalah dijatuhkan hukuman sebat setelah didapati bersalah oleh mahkamah yang mempratikan undang undang am sejajar dengan kesalahan jenayah yang dilakukan dan peruntukan akta pada kes yang dikenakan.

Contoh: Seorang perogol boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara selama 30 tahun dan sebatan sebanyak 20 kali.
Dan tentu sahaja berbeza kalau diAcheh bagi seorang perogol kalau disabitkan kesalahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails