Jumlah ini adalah yang terkini ada dalam akaun itu sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Penerangan PAS, Mohd Shahir Abu Hassan. Akaun Tabung Pembinaan Surau Shanghai telah dibuka oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat pada 21 Mac lepas.
KL, 28 Mac11: Selepas seminggu Tabung Pembinaan Surau Shanghai dilancarkan, tabung itu kini berjaya mengumpulkan sejumlah RM25,162.23. Sila derma lagi!!
KL, 22 Mac 12: Selepas sehari dilancarkan, Tabung Pembinaan Surau Shanghai telah berjaya mengumpulkan RM6,591 hasil sumbangan orang ramai. Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, sumbangan itu diterima setakat jam 6.30 petang tadi.
Ia hasil sumbangan orang ramai secara langsung di samping kutipan dalam program Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS sendiri. Lajnah itu pada 31 Disember lalu dalam ekspedisinya ke Sabah telah berjanji akan membina sebuah surau di pulau Shanghai, Sandakan, Sabah.
Keputusan ini diambil memandangkan pulau ini tidak mempunyai sebarang kemudahan asas samada masjid, surau, dewan orang ramai, kemudahan air bersih dan letrik. Ternyata pulau ini terus terabai dari arus pembangunan negara dalam keghairahan pemimpin melaungkan negara maju menjelang 2020, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi lajnah berkenaan yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
"Sehubungan itu kami merayu kepada para dermawan untuk turut menyumbang bagi menjayakan hasrat pembinaan Surau tersebut.
"Semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik dan mengampuni dosa sebagaimana yang dijanjikan," kata Tuan Ibrahim.
Semalam satu akaun telah dibuka di Bank Islam atas nama Tabung Pembinaan Surau Shanghai dengan nombor akaun 14041010080138. Ekoran itu, sumbangan mula diterima dari orang ramai bagi menjadikan cadangan pembinaan surau ini satu realiti.
Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS menjangka, tapak asas surau ini akan dibina pertengahan bulan April nanti apabila pimpinannya turun semula ke sana nanti. (Hrkh)
1 comment:
Kenapa pulau itu dipanggil Pulau Shanghai? Apa kena-mengenanya dgn kotaraya China yang sama nama tapi jauh lebih masyhur itu?
Post a Comment