Pemuda PAS sasar RM20,000 bantu 'imam BERSIH'
KL 9 Mac 12: Syabas diucapkan Kepada Pemuda PAS, mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.
Tahniah dan syabas diucapkan oleh weblog Ibnu Hasyim.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tabung bertujuan meringankan beban anggota keluarganya itu juga akan diedarkan ke seluruh negara.
"Sumbangan itu akan dibuat berterusan sehingga Hoslan dikeluarkan daripada penjara. Kita beri bantuan ini bukan kerana dia imam tetapi atas dasar kemanusiaan.
"Bantuan ini bagi menjaga kebajikan anak-anaknya. Dia mempunyai anak-anak yang ramai, masih kecil dan bersekolah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Riduan turut menyeru kepada semua Pemuda PAS agar dapat bersama membantu keluarga Hoslan bagi meringankan beban isterinya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.
Hoslan diberi julukan 'iman BERSIH kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu. (IH)
Sebelum itu..

No comments:
Post a Comment