Saturday, March 17, 2012

Wanita Botak Kepala Unt. Kebajikan.. Macam UMNO?



DEBBE EBBEN memakai tiara kemenangan beberapa hari selepas dia membotakkan kepalanya.


Ratu cantik botakkan kepala

ACHORAGE, Amerika Syarikat (AS) – Ratu Cantik Chugiak-Eagle, Debbe Ebben telah membotakkan kepalanya bagi memperoleh sumbangan untuk digunakan dalam penyelidikan penyakit kanser.

Dia setakat ini berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$4,000 (RM12,235) selepas membotakkan kepalanya pada minggu lalu.

Ebben yang berusia 23 tahun melakukan perbuatan itu bagi membantu penyelidikan penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, dia berasa gembira kerana membotakkan kepala itu untuk tujuan kebajikan.

Ebben berkata, peluangnya untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Alaska pada Jun depan tidak terjejas walaupun dia tidak mempunyai rambut.

Para peserta pertandingan itu dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menyebabkan dia memilih untuk membotakkan kepala untuk tujuan amal. – AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mempamerkan tubuh wanita samada botak atau tidak adalah sesuatu yang menyalahi syariat agama (haram). Tiba-tiba menggunakan 'keharaman' tersebut untuk buat kebajikan, kutip derma membantu penyelidikan penyakit kanser.. Wajarkah?

Sama dengan UMNO sebelum dan selepas merdeka, mempersembahkan judi loteri yang haram mengikut syariat Islam, tetapi kononnya, untuk buat 'kebajikan masyarakat'. Kes inilah yang menyebabkan bahagian agama (ulama) dalam UMNO isytihar keluar dari UMNO, dan tubuh 'Persataun Islam Se Malaya (PAS), yang akhirnya jadi Parti Islam Se Malaysia (PAS). (IH)

1 comment:

  1. dia ni bukan orang lantak dialah, kalau islam baru kita tegur

    ReplyDelete