Saturday, April 28, 2012

12 Gerabak K/Api Tanah Merah Tuju D/Merdeka


 TANAH MERAH: Biar pun kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan mahkamah bagi menghalang perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka petang ini, namun ia tidak mematah semangat kira-kira 5,000 pendokong Pakatan Rakyat dari sini menyertainya.

Malam tadi sebahagian mereka menaiki 12 gerabak kereta api Ekspress Wau dari Tanah Merah menuju ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan membantah ketidakadilan dalam proses pengendalian pilihan raya di negara ini.

Sejak awal malam lagi stesen kereta api Tanah Merah mulai penuh dengan peserta Bersih 3.0 terutamanya mereka yang datang dari tempat yang agak jauh.

Rombongan berkenaan diketuai anggota Jawatankuasa PAS Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria. Turut serta bersama rombongan berkenaan Setiausaha Kerja PAS Tanah Merah, Mohd Nordin Ahmad dan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS kawasan, Wan Doti Wan Yahya.

Nordin berkata, mereka menaiki 12 gerabak dan yang lain menaiki bas dan kenderaan sendiri yang bertolak lebih awal.

Difahamkan Kereta Api Tanah Melayu menambah bilangan gerabak memandangkan permintaan penumpang begitu tinggi.

Kereta api ekspress terbabit  tiba kira-kira jam 9 malam dan mereka beratur panjang menaiki gerabak berhawa dingin untuk bersama rakyat dari jajahan lain menyertai Duduk Bantah petang ini.

1 comment:

Anonymous said...

sokong pakatan rakyat, macam said welcome to israel babi!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails