Thursday, April 26, 2012

2.27J Daftar Pengundi Baru. Info 5 Negeri Teramai

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara semalam diberitahu bahawa seramai 2,270,002 pengundi baharu didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baharu tertinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baharu berdaftar mengikut kaum sejak 2008.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pengundi baru atau pengundi bercampur dengan hantu? Pengundi hantu ertinya, daftar ada, orangnya tidak tinggal di kawasan mengundi, atau diimport dari luar negeri atau negara. Siapa punya kerja ni? Siapa hantunya? Mungkin SPR lagi tahu.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails