Sunday, April 29, 2012

300,000 Hadir, Bersih 3.0 Berjaya -Ambiga

NONE

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan mereka berjaya dan mendakwa 300,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar."

 "Kami merasakan bahawa ia adalah satu kejayaan kerana terdapat sokongan yang begitu banyak untuk tujuan ini dan segala-galanya berjalan dengan baik (sehinggakan) kami memberi arahan supaya bersurai dengan cepat, pada jam 2.30 petang, kerana semasa kita sampai ke Dataran (Merdeka), amat sukar bagi orang ramai untuk duduk," kata Ambiga.

"Bagi orang yang hadir, mereka berkelakuan baik bagi sejumlah seramai itu," katanya

NONEBeliau melahirkan rasa kesal atas kekecohan yang berlaku selepas sebahagian daripada penghalang yang menutup Dataran Merdeka dirempuh, dan berkata ia "amat menyedihkan".

Beliau juga memandang berat laporan bahawa penyokong dan anggota polis yang bertugas cedera dalam kekecohan tersebut, dan menegaskan bahawa jawatankuasa pemandu akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka.
 
Bagaimanapun, kerana beliau tidak ada fakta yang tepat mengenai kejadian itu, maka Ambiga berkata, BERSIH akan memanggil satu sidang akhbar minggu depan berhubung butir-butir lanjut mengenainya.(MK)

2 comments:

Anonymous said...

Betol kejayaan MURTADKAN LINA JOY SEX BEBAS LBGT dan skarang semua umat MUHAMMAD SYABAS PAS SYABAS PKR

Anonymous said...

Haram sokong Najib Halal sokong Ambiga suka sek bebas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails