Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini
K/TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.

Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.
Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.
Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment