Thursday, April 26, 2012

Aktor Hina Agama Dlm Filem, Dipenjara 3 Bulan


HALAMAN HIBURAN

ADIL IMAM, aktor ternama Mesir dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah Mesir atas tuduhan perlecehan Islam dalam beberapa filemnya sebagaimana dilaporkan Al-Ahram 24 April lalu.

Sebelumnya telah dikeluarkan juga vonis dalam mahkamah secara inabsentia , namun pihak Adil Imam mengajukan penolakan terhadap keputusan itu. Selasa kelmarin penolakan itu ditolak oleh pangadilan. Dan pihak pengadilan memutuskan jaminan 100 pound Mesir untuk penangguhan sementara penahanan terhadap Adil Imam.


Sebelumnya Adil Imam membela diri melalui peguamnya untuk menolak vonis kerana ia merupakan pekerjaan seni yang tidak bertujuan untuk menghina Islam secara mutlak dan telah disetujui oleh lembaga sensor filem.


Sebagaiman diberitakan, seorang peguam mengajukan tuntutan atas Adil Imam (gambar di sebelah) kerana tuduhan menghina pemakai gamis, jilbab dan cadar dalam beberapa fiemnya seperti “Az Zahim”, “Al Irhabi”,”Marhaban Ahmad Marjan” dan lainnya (IH)).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails