Friday, April 27, 2012

Artis Dayangku Intan, Ajak Duduk Bantah Bersih 3.0



Dayangku Intan...bukan menyanyi tetapi berceramah agar orang ramai sertai Bersih 3.0 Sabtu ini
GOMBAK: Dayangku Intan penyanyi terkenal era 80-an menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April, Sabtu di Dataran Merdeka.
“Saya menyeru agar rakyat Malaysia  hadir dalam Himpunan Bersih 3.0   untuk memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemar dengan kerja kotor UMNO dan SPR.

"Rakyat Malaysia harus membuat perubahan pentadbiran negara bagi memastikan negara Malaysia selamat daripada diurus pentadbiran kerajaan UMNO-BN yang korup.

“Insya-Allah saya bersama keluarga akan hadir tanda menyokong himpunan ini bagi menuntut pilihanaraya  bersih, adil dan tulus,” kata beliau dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Gombak, disini.


Antara orang ramai yang menyertai ceramah Dayangku Intan di Taman Melewar

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan memberi kebenaran kepada  semua rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa di sembur dengan gas pemedih mata.

“Tindakan pimpinan UMNO dengan mengerah petugas polis dan FRU menyembur gas pemedih mata  sehingga memberi kecederaan  dan kematian kepada rakyat  dalam Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas amat mendukacita seluruh rakyat dan mendapat perhatian luar negara," katanya.

Dayang berkata, dulu beliau tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku pada negara  Malaysia, "tetapi setelah   menerima hidayah Allah, saya   tidak teragak-agak memilih perjuangan Pakatan Rakyat (PR) yang benar tulus dan bersih lebih-lebih lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah diurus kepimpinan para Ulama.”

Ujar Dayang lagi, semangatnya semakin kuat apabila pelbagai isu  negara yang timbul tidak diatasi dengan baik seperti rasuah berleluasa, penyelewengan wang negara oleh pimpinan UMNO, isu skandal NFC  dan banyak lagi membuat beliau menjadi jelek dengan pimpinan  UMNO dan nekad tidak akan menyertai parti UMNO demi masa depan negara dan generasi muda akan datang. 

"Sikap mereka inilah membuatkan saya berani tampil kehadapan bersama semua pimpinan Pakatan Rakyat seperti rakan saya Aisyah yang telah menyertai PAS," katanya.

Berikutan dengan sikap bongkak, angkuh,  tamak, tidak peduli masalah rakyat semakin  ramai artis, pelakon, pelawak ramai keluar UMNO masuk Pakatan Rakyat, kata beliau.

“Saya lihat ramai rakyat terutamanya golongan muda semakin sedar negara Malaysia diambang kemusnahan sehingga berani tampil buat bantahan untuk memastikan UMNO-BN tidak terus memerintah pada PRU13  nanti, sikap ini amat dipuji moga amalan diterima sebagai Jihad Fisabillilah," katanya.

Justeru, untuk memastikan UMNO di kuburkan pada PRU13 nanti,  beliau harap semua rakyat Malaysia hadir dalam Himpunan Bersih 3.0 tanpa keuzuran.

"Tarikh itu hanya untuk himpunan ini  dan apabila tiba pilihanraya jangan sekali tangan kita salah pilih," kata Dayang.

Hadir sama, bekas calon PAS di Tenang, Johor Cikgu Normala Sudirman, Ketua Dewan Muslimat PAS Batu. (Hrkh)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails