JOM KREATIF
Seorang pengkaji Mitsuyuki Ikeda, dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis.
Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi.
Warna
merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial
untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging
burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan
untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses
tersebut.
Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.
63%
protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan
yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya,
mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke
dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.
Tambah
beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari
psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula
dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan
harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu
biasa.
Namun,
itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai
harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging
burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Katanya lagi,
daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah
kalori.
Lihat video ini.
Macam nilah rupanya after telah menjadi daging tiruan |
Solution to the Global Food Crisis - Let them eat TURD BURGERS!?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
No comments:
Post a Comment