Saturday, April 21, 2012
Benarkah Ajaran Buddha Asli Membenci Masjid?
KL 21 Apr 12: Umat Islam di kota Dambulla, Sri Lanka, terpaksa membatalkan shalat Jumaat hari ini, 20 April 2012, kerana aksi tunjuk perasaan pemeluk agama Buddha.
Sekitar 2,000 umat Buddha, termasuk 300an biksu, meminta agar masjid tersebut dirobohkan kerana terletak di kawasan yang menurut mereka berada di kawasan suci Buddha sehingga pembangunan rumah ibadah lain tidak boleh dibenarkan, demikian kutip BBC.
Para jemaah yang sempat berada di dalam masjid untuk bershalat Jumaat sudah meninggalkan masjid. Polis sebelumnya sudah meminta agar pengurus masjid membatalkan shalat Jumaat namun sempat ditolak walau kemudian akhirnya dibatalkan.
Malam tadi, sekelompok orang yang tidak dikenali melempar masjid tersebut, antara lain dengan menggunakan bom botol. Tidak ada yang luka dalam serangan itu dan masjid hanya mengalami kerosakan kecil. Ketegangan antara agama di Dambulla meningkat setelah bulan lalu masjid melancarkan acara khusus dengan jumlah jemaah yang lebih besar dari biasanya.
Bulan September lalu, seorang biksu dilaporkan merosak sebuah tempat ibadah Islam di Anuradhapura, tidak jauh dari Dambulla, yang terletak sekitar 140 km di sebelah timur ibukota Kolombo. Sekitar 7% dari 20 juta penduduk Sri Lanka memeluk agama Islam dengan mayoriti 74% merupakan umat Buddha dan 18% lagi pemeluk Hindu mahupun Kristian.
Di Dambulla terdapat beberapa kuil Budha yang diperkirakan mulai dibangun sejak abad ke-1 hingga abad ke-3 dan merupakan situs bersejarah yang dilindungi oleh UNESCO sejak tahun 1991. Januari lalu, pemerintah Sri Lanka telah memerintahkan 161 ulama asing untuk meninggalkan negara itu kerana dituduh melanggar aturan visa yang telah mereka berikan.
Seorang pejabat imigrasyen senior Sri Lanka mengatakan para ulama itu tidak mempunyai izin untuk melakukan khotbah di sejumlah masjid kerana mereka datang dengan visa pelancong.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah umat Buddha yang menolak masjid orang Islam itu benar-benar mengikut ajaran Buddha asli dan suci murni menurut agama mereka? Kembalilah kepada kerukunan beragama. Termasuk kerajaannya.. (IH)
Lihat sebelum ini..
.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Puak Budha sesat tuh!!
Rabbi Yahudi pencipta ajaran Buddha, buktinya Buddha adalah penyokong kuat Yahudi+Nasrani Israe..
Post a Comment