Gambar: Datuk Husam menyampaikan cenderahati berupa wang dinar kepada Gabenor Qom Mohammed Hussein
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Iranian Cultural Expo (Expo Kebudayaan Iran) pada akhir bulan Mei tahun ini, dalam rangka usahasama dalam ekonomi antara kedua negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan Iran akan membawa semua produk Iran ke Kelantan termasuk Islamic multimedia seperti video game (permainan video) berunsurkan Islam.
Pada masa yang sama, katanya filem animasi dan produk-produk lain juga akan di bawa ke negeri ini dalam usaha memperkenalkan produk Negara terbabit di samping usahasama dalam ekonomi kedua negeri.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, di sini semalam. Baru-baru ini, enam orang delegasi kerajaan Iran dari Wilayah Qom melakukan lawatan rasmi ke negeri ini diketuai Gabenornya, Mohammed Hussein telah melakukan lawatan rasmi selama dua hari.
“Iran juga telah menyudahkan sebanyak 24 siri rancangan tentang kehidupan Nabi Muhammad saw dan ia akan ditayangkan dalam expo kebudayaan Iran nanti di Kelantan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, qari dari Iran juga akan dijemput untuk memperdengarkan bacaan al Quran yang mempunyai kemahiran computer yang boleh menjawa pelbagai pertanyaan secara spontan. (IH/Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?
No comments:
Post a Comment