Monday, April 16, 2012

Gabenor Qum Temui MB K'tan Esok

Gambar: Mohammed Hussein menyampaikan cenderahati kepada Zulkifli

KOTA BHARU,16 April 12: Gabenor Wilayah Qom, Mohammed Hussein, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra malam tadi sempena kunjungan hormat ke Kelantan selama dua hari. Keesokannya akan bertemu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketibaannya disambut anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan timbalan exco Zulkifli Mamat, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Zainal Abdul Rahim. Turut menyambut deligasi dari Republik Iran seramai enam orang itu, Pengurus Tunjung Development Corporation, Nazri Deraman dan pegawai protokol, Nik Abdul Halim Nik Hassan.

Selain itu Said Redza, Mohsen Rouhi, Yones Aali Pour dan lain-lain juga turut berkesempatan mengunjungi Kelantan. Sejurus ketibaan itu, mereka diraikan makan malam oleh kerajaan negeri di sebuah hotel.

Rombongan ini juga akan melawat Bandar Baru Tunjong, Perdana Resort dan seterusnya pembangunan di Tok Bali, Pasir Putih sebelum menghadiri majlis makan malam yang juga bakal disertai Duta Iran ke Malaysia Prof Dr Mohd Mehdi Zahedi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails