KL 15 Apr 12: Mereka berasal dari Timur Tengah dan memiliki wajah kacak dan bertubuh sasa serta bergaya. Malah, ada antaranya sudah berumah tangga, namun maruah mereka hanya RM600 kerana dengan bayaran sebanyak itu, apa saja boleh dilakukan terhadap mereka, termasuk melihat ‘anu’.
Bayaran untuk menonton lelaki Arab bernafsu songsang itu jauh lebih mahal berbanding caj dikenakan terhadap lelaki tempatan yang hanya bernilai RM75 seperti di pusat istirahat dan urut yang menyediakan tukang urut lelaki.
Sekali imbas, tiada kesalahan boleh disabitkan terhadap pusat rawatan itu kerana ia menyediakan kemudahan urutan sesama jantina, namun yang membezakannya ialah perkhidmatan urutan secara bogel dan badan ke badan (B2B) sesama lelaki.
Mendedahkan perkara itu, seorang pegawai perhubungan awam syarikat swasta di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Harry, 28, berkata, dia pernah menonton pakej itu ketika menghadiri majlis hari jadi eksklusif seorang kenalan di sini bersama rakannya, beberapa bulan lalu.
“Ketika itu kami menempah 10 lelaki dari Timur Tengah dan semuanya dibaringkan dalam satu bilik tanpa seurat benang dengan makanan diletakkan di atas badan mereka.
“Tiada adegan terlarang berlaku sepanjang majlis itu kecuali adegan pegang-pegang kerana kebanyakan lelaki berkenaan mendakwa bukan pengamal seks songsang, sebaliknya hadir sebagai pelayan kerana dibayar untuk ‘menghibur,” katanya kepada Metro Ahad.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lemahnya sistem perundangan manusia yang berlaku di negara ini.
No comments:
Post a Comment