Wednesday, April 11, 2012

Amaran 27 Negara, Cuma 1Meter Landa Aceh


Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh

KL, 11 April 12: Indonesia hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu. Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Bagaimanapun, peringatan diberikan agar mereka menjauhi kawasan pantai dan jangan turun ke laut sehingga keadaan benar-benar selamat. Gempa berkekuatan 8.5 skala Richter yang menguncang Aceh pada jam 4.38 petang tadi menyebabkan gelombang menghala ke pantai.

Namun, Media Indonesia melaporkan, gelombang dilaporkan telah sampai ke pantai di pulau Simeulue, Sumatra. Demikian kata Prih Harjadi dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kepada sebuah stesen televisyen nasional Indonesia.

"Tingginya air pantai barat Aceh sudah mencapai 6 meter dan kemungkinan ketika tsunami terjadi, akan terjadi di titik ini lebih dulu sampai ke sepanjang pantai barat Sumatera," ujarnya.

Beliau memaklumkan, kemungkinan seluruh pantai khususnya barat daya Sumut, pantai Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung akan dilanda tsunami. Rakyat Aceh masih trauma sehingga kini ekoran tragedia tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa.

Sementara itu, Adun Komtar, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam twitternya memberitahu, tsunami tidak akan melanda Pulau Pinang dan Seberang Prai. Oleh itu, beliau meminta semua pihak tidak panik dan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Bagaimanapun, sebelum ini, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli memberitahu, beliau mendapat makluman, ombak besar diramalkan akan melanda Pulau Pinang malam ini kira-kira jam 9.20 malam manakala Port Dickson jam 2 pagi esok.

Oleh itu, walaupun hanya satu meter ombak sahaja melanda pantai Aceh, orang ramai di nasihatkan mengelakkan diri dari berada di kawasan pantai.

Sementara itu India dan Thailand masuk dalam salah satu negara yang diminta mewaspadai ancaman tsunami akibat gempa 8.5 SR yang mengguncang Aceh. Thailand petang tadi menutup lapangan terbng internasional di kawasan touris Phuket setelah muncul peringatan tsunami.

Kawasan pesisir di Thailand bahagian selatan pun bersedia. Pacific Tsunami Warning Center di Hawaii mengeluarkan perintah waspada kemungkinan tsunami di 27 negara sekitar episentrum gempa. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails