Saturday, April 28, 2012

Himpunan Hijau KLCC Gabung Bersih D/Merdeka




KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau yang menuntut supaya kilang Lynas tidak dibina di Gebeng, Kuantan akan diadakan di perkarangan KLCC.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh penggerak kumpulan itu, perhimpunan itu akan bermula jam 11 pagi di depan Menara Public Bank.

Mereka juga dipercayai akan menyertai himpunan Bersih 3.0 yang berpusat di Dataran Merdeka yang dijangka jam 2 petang ini.

Namun begitu, perhimpunan menuju ke Dataran Merdeka sudah bermula sejak jam 9 malam tadi apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke sana.

Sehingga jam 2.30 pagi tadi, lebih 1,000 orang sudah berhimpun di sana.

Walaupun kawasan Dataran Merdeka telah dipagar, mereka berhimpun di sekitar kawasan itu.

Berikut adalah gambar-gambar pra perhimpunan Bersih 3.0 malam tadi.








Sementara itu pada 9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.
 
Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju  ke pusat bandar kerana disekat atau sesak. Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ. Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC. Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang.

Orang ramai Diminta menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup. Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar.

Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar. Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik. Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.

Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia. "Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpunan Bersih," tulis beliau. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails