Tuesday, April 03, 2012

Iklan 'Halal' Pasaraya Ini, Megelirukan -JAKIM


ADAM (tiga dari kanan) memeriksa bungkusan makanan yang tidak mempunyai logo halal semasa melakukan operasi di sebuah pasar raya di Shah Alam semalam.

PENGGUNA

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan sebuah pasar raya besar di Seksyen 23 di sini menurunkan iklan produk barangan di luar premisnya serta-merta setelah mendapati ia mempamerkan logo halal yang mengelirukan semalam.

Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, iklan produk itu seolah-olah menunjukkan kesemua produk barangan termasuk daging yang dijual mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

"Hasil pemeriksaan dalam pasar raya itu mendapati satu produk daging mentah dan siap diproses tidak memiliki logo halal sah dan ia menyalahi peraturan," ujarnya di sini semalam. (Kosmo)

1 comment:

Pak Oncu said...

nama kan lah pasar raya tu ,, apo punya bingai ni.... takut kono saman ke ,, jiko takut kono saman tak yah lah lotak kat dlm blog ,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails