Monday, April 02, 2012

Ini, Pengacara Samseng Wanita Pijak Muka..



KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.

“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.

Siapa pengacara samseng wanita itu? Sama-sama kita nantikan yer...(IH)

3 comments:

Anonymous said...

Lelaki bertubuh sasa menampar perempuan?????? Harap badan je sasa, telur kecut le tu....

Anonymous said...

Negara ini ada undang2nya. Kalau ini pun ada masalah, sila mengadu terus kpd Allah. Baca Yasin 41 kali pun boleh.

Anonymous said...

dira abu zahar ke....? hiiii....jahatnye aku teka2 gitu....hahaha....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails