Friday, April 06, 2012

Isu Mat Lembut, Rais Nafi. Canggah Timbalannya


Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum. (Mk)



Jabatan Penerangan nafi, timbalan menteri sahkan
Jabatan Penerangan hari ini menafikan mengeluarkan arahan supaya televisyen dan radio menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan dan lelaki lembut berkuatkuasa serta merta kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)

Dalam status terbaru di Facebook, pentadbir laman itu berkata, status sebelum ini yang dianggap arahan hanya topik perbincangan Radio Bernama 24, juga di laman sosial sama.

NONE"Ia bukanlah satu arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami meminta maaf jika terdapat kekeliruan akibat penyiaran status di FB kami semalam," status itu dipetik.

Semakan di laman Facebook radio tersebut mendapati, terdapat status yang sama, yang dikatakan arahan Jabatan Penerangan semalam.

Bagaimanapun, Radio Bernama 24 turut meminta pandangan pembaca sama ada tindakan itu relevan atau menafikan hakikat kehidupan semasa - perenggan yang tidak dimuatkan kembali Jabatan Penerangan dalam Facebook sebelum ini (lihat foto atas).

Kenyataan ini selari dengan kenyatan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim Datuk Seri Rais Yatim yang menafikan perkara itu.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan pengesahan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Maglin Dennis D'Cruz kepada The Star hanya kira-kira sejam selepas penafian Jabatan Penerangan.

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. (Mk)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails