Saturday, April 07, 2012

Jual Bayi, Pembeli Reda, Baik Dari Membunuh?

SELAMAT...Mohamad  melihat bayi yang diselamatkan.
SELAMAT...Mohamad melihat bayi yang diselamatkan.

KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat.

Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli.

Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Kegiatan sindiket itu dibongkar dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pusat beli-belah, di sini selepas mereka cuba menjual dua bayi berusia 22 hari dan tiga bulan kepada dua pasangan suami isteri, pagi semalam.

Sebelum serbuan, sindiket terbabit sudah menjual dua bayi.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, sepasukan anggota menyerbu sindiket terbabit selepas mendapat aduan orang awam mengenai kegiatan penjualan bayi di kawasan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jual bayi, bererti penjual atau ibubapa bayi redha meredhai dengan pembeli, bahkan membantu orang yang tidak mempunyai anak, dan pasangan ada anak tetapi miskin. Itu lebih baik dari pasangan yang membunuh bayi kerana berhubungan seks haram atau menyekat kelahiran bayi kerana tidak redha anak ramai takut miskin atau nak jaga badan takut suami poligami, walaupun mereka kaya.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails