Tuesday, April 17, 2012

Kerajaan Enggan, Bersih 3.0 Wajar -Presiden PAS


KL, 17 April 12:
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.

Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.

"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.

Himpunan tersebut akan diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.

"Mereka juga tidak menghormati pandangan-pandangan yang berhujah dengan menggunakan pandangan majoriti tanpa hujah yang kuat.

"Ini bukan cara demokrasi yang adil," kata presiden PAS itu. (Hrkh)

Sebelum ini..
E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

Sebelum ini..

zina senang, kahwin susah!! siri 2.wmv

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails