Saturday, April 28, 2012

Masjid Negara, D/Merdeka & Unit Amal


 

KL: Sebagaimana perhimpunan yang disertai PAS sebelum ini, Unit Amal sekali lagi memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan peserta terkawal.

(Pemimpin kanan Unit Amal memberikan taklimat kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0 S Ambiga)

Kira-kira 4,000 anggota unit di bawah pantauan Pemuda PAS dari seluruh negara itu dikerahkan ke perhimpunan kali ini.

Malah mereka sudah mula bertugas sejak beberapa malam lalu di Dataran Merdeka bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di situ.

Ia dibuat ekoran serangan samseng ke atas perkhemahan mahasiswa yang menuntut pemansuhan pendidikan percuma di situ.

Namun, ekoran peranan mereka, anggota Unit Amal kali ini menjadi sasaran polis.
Gambar sebelah menunjukkan risiko tugas mereka bagi mempasti peserta perhimpunan selamat sedang mereka sendiri terdedah kepada risiko ditangkap.
(Salah seorang anggota Unit Amal ditangkap polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini)

 

(Penuh Masjid Negara dengan baju kuning)

Sementara itu, menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang ini, Masjid Negara penuh dengan jamaah yang berbaju kuning.


(Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang)

Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara.

Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat. Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan masjid itu.

No comments:

Post a Comment