Tuesday, April 24, 2012

Lawan Bersih Dg Tarian Separuh Bogel




GOPENG:
24 Apr 12: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.

“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails