KL 28 Apr 12: Sebentar tadi kira-kira sebelum masuk waktu Asar, dalam 'LAPORAN LANGSUNG' Malaysiakini, menyebutkan di Jalan Raja Laut, kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
Sementara itu, turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.Bersih. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan. Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
Begini sambungan langsung terebut:
3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.
Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.
3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
3.50pm
Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran
Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
3.42pm
Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih
mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang
Wangi dan Jalan Ampang. Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
3:29pm Majlis
Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air
dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan
Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
3.24pm Masjid
Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan
melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik. Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.
Peserta
dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang
bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis. Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.
3.10am Masjid
Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT
Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan
memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.
3.01pm:
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di
persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak
demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran
Merdeka.
2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula
bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar
5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat
duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang
sungai.
Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".
2:34pm
Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata
perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya
bersurai.
Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"
Sebelum
ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat
telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur
dengan politik kotor.
Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.(IH)
No comments:
Post a Comment