Tuesday, April 10, 2012

Mansuhan ISA Di Parlimen..

Sekumpulan individu mengadakan protes di perkarangan Parlimen pada 9 April 2012, mendesak perdana menteri menunaikan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. — Foto oleh Jack Ooi
Sekumpulan individu mengadakan protes di perkarangan Parlimen pada 9 April 2012, mendesak perdana menteri menunaikan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. — Foto oleh Jack Ooi (MI)

KL 10 Apr 11: Undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.


azlanRang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 itu dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau turut mencadangkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu dibuat pada persidangan kali ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rang
undang-undang itu akan dibaca untuk kali kedua dan dibahas Isnin ini.
Undang-undang tersebut diperkenalkan ekoran kritikan hebat terhadap ISA selama 52 tahun beroperasi di negara ini.

Perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September lalu mengumumkan pemansuhan ISA dan memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails