Sambungan Laporan Langsung
Malaysiakini melaporkan Ambiga istytiharkan Bersih 3.0 Berjaya, 100,000 banjiri Kuala Lumpur.
2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.
Katanya,
beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA
telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada
menyertainya.
Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan
tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust
Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.
2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama -
Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar
Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana
jemaah bersolat Zohor.
Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.
Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.
1.55pm:
Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes
duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada
menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.
"Saya menggunakan
jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya
mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain.
Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya
mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.
1.50pm Masjid
Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula
menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi
lama.
Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di
atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen
keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.
Dengan diterajui anggota
Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana
pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng
manusia.
1.45pm: Pasar Seni - Kira-kira 30
orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas
jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.
1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.
1.30pm
Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling
Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini
kosong.
Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran
Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan
menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan
benteng polis.
Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar
besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis.
Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.
1:33pm Pasar
Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan
pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi.
Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi
jambatan untuk melihat protes di bawah.
1:30: Pasar Seni -
Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan
polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan
terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas
keputusannya sendiri.
1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.
1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000
1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka.
12.50pm Pasar
Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang,
tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di
situ.
12.43 thr Masjid Negara - PKR
presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu,
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".
12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.
"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.
"Ini
adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua
bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat
Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang
bebas dan adil."
12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di
Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa
peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ
Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
12.30pm:
Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di
jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil
membaca Al-Quran.
Apabila ditanya sama ada beliau ditahan,
seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil
gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "
Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
12.10pm
Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang
yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui
Jalan Petaling.
12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.
Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas".
12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.
12:03 thr Dua
jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan
kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di
Kuala Lumpur.
Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000
1155am: Pasar
Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000
orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu
Negaraku.
11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS
(unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana
perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.
Kelihatan
bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S
Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
11.47am
Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta
termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu,
termasuk 'Rasa Sayang'.
11.46am Pasar Seni -
Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan
menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.
"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.
Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR"
11.40am Pasar
Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan
kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau
kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang
bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan
berkemeja-T kuning.
Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan
bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar
belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut
beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.
(Sambungan dari sebelum ini.. Laporan Langsung Hingga Sekarang..)
No comments:
Post a Comment