Saturday, April 21, 2012

N/Aziz: Hiburan, W/Kulit Makyong Menora, Islamkan!

Melatih anak-anak buang masa melalui hiburan tak bermanfaat?
 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU 21 Apr 12: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi peringatannya kepada umat Islam supaya me­ning­galkan atau mengubah pendekatan permainan tradisional yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau katanya, Kerajaan Kelan­tan sudah lama melarang wayang kulit, makyong dan menora, walaupun permainan tersebut digemari dan menjadi kebanggaan rakyat di negeri ini. Bagaimanapun, katanya, per­mainan-permainan yang berunsur negatif itu boleh dibenarkan sekiranya unsur positif yang boleh menambah ilmu orang ramai diterap ke dalamnya.

“Makyong dan menora ni boleh baiki ke? Kalau boleh kita nak tengok dulu adakah ia benar-benar tidak bercanggah dengan Islam seperti menghadkan percampuran lelaki dan perempuan.

“Sebagai contoh, wayang kulit kita benarkan selepas ia diubah dengan membawa cerita realiti dan menambah ilmu, tidak lagi membawa kisah-kisah dongeng yang tidak berpijak di bumi nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, semalam.

Kerajaan Pas Kelantan mengambil keputusan mengharamkan beberapa permainan tradisional yang dilihat bercanggah dengan Islam sejurus mentadbir negeri ini pada 1990.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, permainan yang aspek negatifnya sukar dibaiki lebih baik diharamkan kerana ia memberi kesan buruk kepada pemikiran dan akidah umat Islam.

“Jika ada kelemahan dari semua sudut, ada baiknya kita buang sahaja. Kita nak buat apa dengan benda tu?” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana mampu 'mengislamkan' hiburan rakyat dan hiburan masakini, di negerinya. Bukan macam pemerintah BN yang hanya mampu menyebar hiburan maksiat, walaupun kadang-kadang artisnya bertudung. Percampuran jantan betinanya, pakaian tidak tutup aurat separuh bogel, penyanyi perempuan dengan auratnya dan segala macam maksiat lagi. Na 'auzubillah!

Berdoalah kepada Allah SWT, semoga ditukarkan kepada pemerintah yang lebih baik menguasai kerajaan Pusat dalam PRU 13 ini. Menangkan PAS dan rakan-rakannya, insya Allah! (IH/SH)

Sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views
Thumbnail 4:32

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails