Saturday, April 28, 2012

N/Aziz Tak Dpt Hadir, Hanya Pesan Dr T'ganu















Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di Marang malam tadi

MARANG: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi penegasannya bahawa umat Islam khususnya ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berkemampuan wajib menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Namun begitu, katanya, beliau yang pada awalnya bercadang mahu juga menyertai Bersih kali inii tidak dapat turut serta pada perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sertai Bersih 3.0 wajib, masalah taknikal (tempat) itu boleh bincang. Tapi, saya sendiri tak dapat pergi, kerana keuzuran. Hari ini (Jumaat) pun, mengajar (kuliah pagi) di Kota Bharu pun tak larat.

“Sembahyang subuh pun baca surah pendek-pendek sahaja,” ujarnya kepada Harakah Daily selepas Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Bukit Parit, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, Marang, semalam.

Sementara itu, berhampiran Dataran Merdeka seramai 2,000 hingga 3,000 orang telah berhimpun bermula jam 10.00 hingga awal pagi tanpa sebarang sebarang gangguan pihak berkuasa.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata sekumpulan rakyat yang datang lebih awal mula berkumpul secara santai berhampiran dataran tersebut.

Menurutnya, orang ramai yang berkumpul terdiri dari kalangan anak-anak muda yang akan menyertai himpunan Bersih 3.0 hari ini.

“Semalam, saya berada di sekitar Dataran Merdeka untuk melihat suasana di sana. Orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 orang anak muda mula berkumpul sejak jam 10.00 malam dan saya tinggal (lokasi) jam 1.45 pagi, orang masih ramai lagi,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Jarum Emas said:
Biasalah tu... rakyat didahulukan juga rupanya. Bagaikan panglima memberi arahan: Gempur habis-habisan, jangan takut, aku sentiasa ada di belakannnnnnnnnnnnnggggggg kamu.

goodlistener said...

APA SALAH TOK HJ INI PERGI SEBAB WAJIB.....BUKAN BUAT APA APA DI KL HANYA DUDUK BODOH JE ..TAK AKAN DAH TUA2 DUDUK PUN TAK LEH....ILMU PERLU DIMANAFAATKAN SEBAIK MUNGKIN KEARAH KEBENARAN YG ESA BUKAN KELUARKAN FATWA SESUKA HATI,,, TAK NANTI JAWABLAH TOK GURU NI DI HADAPAN PECIPTANYA....NGAKU MANUSIA PALING TINGGI ILMU UGAMA NYA TERLALU TAKBUR MANUSIA INI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails