Sunday, April 01, 2012

Osama Selepas 11 Sept, Menurut Balunya

ISLAMABAD - Ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden telah menghabiskan masa beberapa tahun di rumah agamnya selepas serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), sebelum berpindah dari satu rumah ke rumah lain yang dilihat selamat bagi dirinya di Pakistan.

Malah, ketika 'melarikan diri’ daripada buruan tentera AS sepanjang satu dekad, Osama juga menjadi bapa kepada empat orang anak. Menurut penyiasat Pakistan, balu bongsu Osama, Amal Ahmed Abdul Fatah telah memberitahu bahawa salah seorang daripada anaknya telah dilahirkan di hospital kerajaan di Pakistan.


Hasil keterangannya itu, kini pihak polis telah mendapat gambaran lebih jelas mengenai kehidupan Osama sepanjang buruan pihak berkuasa. Menurut satu kenyataan rasmi dikeluarkan AS, keterangan yang diberikan oleh balu Osama adalah sah dan tidak mempunyai pertikaian atau konflik mengenainya.

"Kami tidak mampu menyokong setiap keterangan yang telah diberikan oleh balu Osama, namun semakan ke atas keterangan isteri berdasarkan keterangannya tidak menimbulkan sebarang percanggahan.

"Keterangannya juga telah mengesahkan beberapa teori pihak berkuasa selama ini," katanya.

Osama dibunuh semasa serbuan ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad awal Mei lalu.

Fateh dan dua lagi balu Osama, Khairiah Sabar dan Sabar Siham, kini berada dalam tahanan Pakistan. Mereka dijangka berhadapan dengan prosiding pemalsuan pasport dan memasuki Pakistan secara haram.

Menurut sumber, ketiga-tiga balu Osama akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung kesalahan dan pelanggaran undang-undang tersebut.

Namun menurutnya lagi, kerajaan Yaman telah menyatakan kesediaan untuk menerima Fateh kembali manakala nasib dua yang masih berada dalam tahanan tidak diketahui.

Menurut laporan polis 19 Januari lalu, Fateh telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi sebuah akhbar tempatan, Dawn yang mengatakan dia sentiasa ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat kepahlawanan yang suci.

Fateh dipetik berkata, rancangan perkahwinannya telah dibuat oleh Osama pada 2000 dan dia mengikut suaminya ke Pakistan dengan menyeberangi sempadan Afghanistan di Quetta dan pergi ke Kandahar.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingat dengan jelas tarikh perkahwinan mereka, namun yakin telah berkahwin dengan Osama sebelum serangan 11 September.

Menurutnya lagi, dia telah hidup bersama Osama dan dua lagi madunya. Namun selepas serangan tersebut, mereka sekeluarga mula berkecai.

Dia kembali ke bandar pelabuhan selatan Karachi dengan anak sulungnya, Safia, dan tinggal di flat lapan atau sembilan bulan di bawah perancangan teratur yang telah dilakukan oleh beberapa keluarga di Pakistan dan Saad.

Mereka telah berpindah enam atau tujuh kali di Karachi sebelum bertemu semula dengan Osama di Peshawar, bandar sempadan. Kemudian mereka berpindah ke Lembah Swat di Pakistan dan tinggal di dua rumah sepanjang lapan hingga sembilan bulan.

Seterusnya, mereka telah berpindah ke Haripur, yang juga di utara Pakistan dan dia telah melahirkan anak keduanya, Aasia pada 2003, dan Ibrahim 2004 dan tinggal di hospital.

Mereka mula menetap di Abbottabad mulai 2005 selama enam tahun dan melahirkan Zainab pada 2006 dan anak bongsunya Hussain pada 2008 sebelum Osama dibunuh.

Fateh berkata, keluarganya telah diuruskan oleh keluarga Ibrahim dan Abrar yang tinggal bersama mereka semasa mereka berada di Swat, Haripur dan Abbottabad.

Dia juga berkata, beberapa ahli kedua-dua keluarga terbunuh dalam serbuan itu, seperti anak Osama yang berusia 20 tahun, Khalid.

Dalam pada itu, Fateh turut mengakui yang dia tidak pernah memohon visa semasa tinggal di Pakistan.

Ketiga-tiga balu Osama akan didakwa di mahkamah Isnin ini - berhubung kesalahan menetap di Pakistan secara haram dan jika disabitkan kesalahan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun. (IH)

Lihat Sebelum ini..

E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

1 comment:

Anonymous said...

Dear brother and sister,

I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lend donation money to President of Temple(Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

My monk contact place:

Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124

With kindness

KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails