Thursday, April 12, 2012

Pelumba Wanita Menyerlah, Tapi Tak Tutup Aurat


PELUMBA wanita negara semakin mempamerkan peningkatan meskpiun kurang berpengalaman dalam perlumbaan jelajah.

Pakaian pelumba wanita begini tidak melambangkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia.

SUKAN

CHIANG RAI 11 Apr 12: Skuad lebuh raya wanita Malaysia menutup tirai aksi pada kejohanan lumba basikal Jelajah Thailand (ToT) 2012 dengan keputusan memberangsangkan apabila Masziyaton Mohd. Radzi menduduki tempat ke-14 pada perlumbaan peringkat ketiga sejauh 80.3 kilometer (km) dari Chiang Rai ke Mae Sai dan berakhir di Mae Chan semalam.

Tanpa kelibat pemecut 'berbisa', Zahraa Anuawar yang terkeluar daripada aksi gara-gara terlibat dalam kemalangan kelmarin, Masziyaton terpaksa 'menumpang' kudrat pelumba kebangsaan Korea Selatan, Chongming-Giant Pro Cycling (GPC), Asahi Cycling Team (ASA), Vietnam dan Thailand untuk memperkasakan henjutan ke garisan penamat bagi memburu kedudukan terbaik.

Masziyaton merakam masa 2 jam 33 minit 11 saat, catatan yang sama dilakukan juara perlumbaan peringkat tersebut, Chae Yung Rhee dari Korea Selatan sambil diekori pelumba GPC, Liu Xin dan tonggak tuan rumah, Juthatip Maneephan.

Muslihah Salim pula yang sibuk melayan asakan pemecahan awal yang dilakukan pelumba Korea Selatan dan GPC pada pertengahan perlumbaan, sekadar menduduki tempat ke-18, manakala Mardiana Mohd. Radzi menamatkan saingan di tempat ke-23.

Namun, Masziyaton mengakui sukar meloloskan diri daripada kepungan pelumba Korea Selatan, ASA dan GPC yang enggan membenarkan Malaysia meraih kemenangan simpati rentetan masing- masing memburu mata kelayakan acara lepas beramai-ramai elit wanita ke Sukan Olimpik 2012 di London.

"Sukar untuk mara ke depan. Hari ini (semalam) saya terpaksa berjuang secara bersendirian. Saya terpaksa 'menumpang angin' pelumba Korea Selatan, Jepun (ASA), China (GPC), Thailand dan Vietnam. Mereka pantas tutup ruang untuk saya ke depan.

"Bagaimanapun, selepas 300 meter ke garisan penamat, saya mendapat sedikit ruang untuk keluar. Saya gunakan kesempatan ini untuk melakukan henjutan.

"Sayang sekali saya cuma dapat kedudukan ke-14. Saya sangka dapat duduk kelompok 10 teratas. Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan keputusan hari ini (semalam)," katanya.

Masziyaton kekal di tempat ke-26 klasifikasi individu keseluruhan dengan keciciran masa 7.43s di belakang Xin - pemenang Jersi Kuning dari GPC - yang merakam masa 8:58:43s, manakala Mardiana (ke-37) dan Muslihah (ke-40).

Dengan masa 27:23:20s, skuad kebangsaan Malaysia pula sekadar menduduki tempat ketiga keseluruhan kategori ASEAN yang dimenangi pasukan kebangsaan Vietnam yang merakam masa 27:10:06s, sambil diekori pasukan kebangsaan Thailand, 27:11:17s.

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Tambah... tiada masalah apa-apa jika pelumba wanitanya buat sedikit perubahan dengan memakai pakaian menutup aurat, memperkenalkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang Islam sebagai agama persekutuan. (IH)

8 comments:

Anonymous said...

Kepada pemilik blog; mat apa sudah jadi dengan blog ni, ada gambar quran, ada gambar perempuan nampak buah dada. otak tu pakai sikit mat, jangan sibuk cari makan.

cuba mat ambil 1 minit, view persepsi penggunjung bila sampai blog ini. 100% persepsi di internet datang dari mata. nota. kalau mat nak belajar email saya brightaquatic@gmail.com

Anonymous said...

ni blog perjuangan porno..dan kaki porno kih3..keje dia tenguk porno 24jamcari info porno untuk post..haramjadah

Ali Ahmad said...

Dua komen di atas,apa kena mengena dengan pelumba wanita Malaysia tak tutup aurat?

Dedah aurat pelumba satu dunia tengok, lebih bahaya dari gambar dalam blog ni. Kenapa kerajaan Islam Najib/UMNO tak malu pun?

Lu tak malu ka dengan kerajaan lu? Itu yang Pak Ibnu nak kasi tau. Kalu lu rasa sakit hati, jangan tengok la. Ni cara dia sampaikan. melalui gambar yang lu suka tengok. he he he

Lu lagi tak malu, meluat gambar tu, tapi tengok. Lu masuk perangkap dakwah blog ni..
he he he. Muka lu pun tak malu.. nak tunjuk baik..
he he he

Anonymous said...

Macam UMNOporno juga, tunjuk baca koran, tunjuk gambar lucah. Tunjuk musabakah, tunjuk ratu cantik. tunjuk bini sipuaka tak tutup aurat. pigi dah.

Anonymous said...

http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/di-kelantan-pun-ada-bina-badan-pakai.html

Anonymous said...

http://khairulryezal.blogspot.com/2011/12/kejohanan-badan-cantik-di-kelantan.html

Anonymous said...

http://greenboc.blogspot.com/2011/01/motel-seks-diserbu-jaik-3-pasangan.html

Anonymous said...

Tuan blog ini sudah menyatakan berkali-kali sikap dan teknik dakwah melalui gambar-gambar tidak menutup aurat, rupanya masih ada pembaca yang pekak badak.

Buta huruf atau buta perut? Buka la blog sendiri, buat apa suka ganggu blog orng lain?

Kritik dengan hujah dan dalil.

Masih bengap dan bengong..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails