Wednesday, April 04, 2012

Penbunuh Janin, Guna Topeng Klinik & Ustaz.

IMBAS...wartawan Harian Metro menjalani ujian pengimbasan di klinik terbabit.
IMBAS...wartawan Harian Metro menjalani ujian pengimbasan di klinik terbabit.

KL 4 Apr 12: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu. Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada Harian Metro! Teruskan bongkar lagi, penjenayah yang bersembunyi di balik klinik kesihatan dan menggunakan topeng ustaz. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails