TIDUR...dua orang gelandangan tidur di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
KL 19 Apr 12: Lihat berita ini, “Dulu nampak seorang saja yang tinggal di bawah jambatan itu, kini selepas sebulan berlalu ada dua orang berada di tempat sama,” kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35, apabila ditanya mengenai gelandangan yang menjadikan jambatan berdekatan Jalan Bangsar, di sini, sebagai rumah mereka.
"Bukan di Jalan Bangsar saja, di persekitaran dekat Puduraya pun ada. Boleh lihat lebih ramai lagi tiap-tiap malam. " Kata saudara Jamaludin 38, seorang pemandu teksi, memberi komen ke atas berita di atas.
"Soalnya sekarang, siapa bertanggung jawab? Di situlah perlunya Kerajaan kebajikan, untuk menjaga kebajikan rakyat miskin!" jelas beiu lagi. (IH/myMetro)
No comments:
Post a Comment