Monday, April 30, 2012

Penyelesaian Pelacuran Melalui Robot Seks?


Robot seks..

PROSTITUSI atau pelacuran dianggap masalah besar yang dihadapi tiap-tiap negara di dunia. Bukan hanya menjadi masalah norma sosial, tetapi juga masalah penyakit menular melalui seksual dan perdagangan manusia.

Dua orang penganalisis Ian Yeoman dan Michelle Mars dari sebuah universiti di New Zealand mengusulkan keberadaan robot seks untuk menyelesaikan masalah, hasil dari penutupan rumah pelacuran terbesar di Belanda pada 2008 lalu.

Menurut Yeoman dan Mars, pada tahun 2050 akan datang, dimana teknologi semakin canggih dan membuat robot seks menjadi semakin mudah, bukan tidak mungkin mesin itu akan menjadi alat bantu manusia mencapai kepuasan seksual. Pada tahun 2050 itu, diperkirakan virus HIV/AIDS sudah bertransformasi menjadi virus yang makin kebal terhadap segala macam vaksin. Belum lagi masalah perdagangan manusia antara negara makin memprihatinkan.

Menurut mereka, maka jalan keluar satu-satunya ialah dengan robot seks. Dengan robot seks, penyakit menular seksual dapat diatasi, melalui teknologi yang kebal terhadap parasit dari virus atau bakteri. Sementara kes perdagangan manusia juga dapat dihentikan dengan keberadaan robot. (VVnews)
Robot seks dikatakan boleh mengatasi masalah pelacuran, pemerdagangan manusaia dan penularan penyakit. Benarkah? Atau menambah masalah pada manusia lagi?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya, agama Islam telah menggariskan jalan penyelesaian yang murni, iaitu melalui perlaksanaan tarbiah hukum dan perundangan Islam. Contohnya 'hukum hudud' atau perlaksanaan keadilan sosial, ekonomi, dan lain-lain, yang sepatutnya diterapkan dalam perlembagaan negara.

Undang-undang Negara Madinah pimpinan Muhammad SAW perlu diperindangkan sesuai dengan tuntutan masa kini, dan masyarakat majmuk atau kepelbagaian kaum. Contoh kejayaan perundangannya telah terbukti dalam sejarah.

Tetapi malangnya, negara-negara umat Islam sendiri seperti Malaysia, pemimpin-pemimpinnya dibelenggu kejahilan dalam agama mereka sendiri. Sehingga mereka sanggup menentang, bahkan menendang 'hukum Allah SWT (Tuhan mereka sendiri)' ke sudut peribadatan khususiyah semata-mata.

Tidak dibawa ke sudut penyelesaian sosial. Sebenarnya, itulah jalan penyelesaian masalah pelacuran, bukan dengan robot seks seperti yang diper'khayal'kan. Wallahu 'aklam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails