Peniaga hilang status kewarganegaraan
KL 13 Apr 12: Seorang peniaga tergamam apabila mendapati dirinya kehilangan status kewarganegaraan ketika proses memohon penukaran MyKad baharu di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang bulan lalu. Lapor Kosmos hari ini.
Menurut berit itu lagi, lelaki malang itu, H’ng Yu Choon, 65, berkata, dia terkejut apabila permohonan untuk menukar MyKad ditolak oleh JPN selepas mendapati dia bukan lagi rakyat Malaysia.
“Pada masa itu saya hanya mahu menukar MyKad yang baharu kerana MyKad yang sedia ada telah rosak.
“Namun saya tidak sangka permohonan tersebut ditolak kerana JPN mendakwa saya telah berhijrah ke Singapura pada awal tahun lalu dan saya bukan lagi rakyat Malaysia,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siasat lagi, ada atau tidak orang yang berhak mengundi dalam PRU13 ini, tiba-tiba ditolak kerakyatannya oleh JPN?
No comments:
Post a Comment