Sunday, April 15, 2012

Siswa/DBKL: Khemah Roboh, Benteng Pecah



Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

PTPTN dataran sit in by studentsMahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak.

DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampis satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak. (MK)

2 comments:

Anonymous said...

budak2 tak matang... fikiran masih sempit.. cepat sgt terpedaya dgn janji palsu pembangkang... Woiii, tak kesian mak bapak ke? susah payah diorang hantar korang belajar tinggi2... bebal!

Anonymous said...

Ko betul mereka memang tak matang. Tapi ko yang dah matang ni pun masih bangang lagi. Mak bapak yang hantar anak ke Universiti untuk menuntut ilmu itu lagi bangang. Kalau dah tak berduit, tak yanh paksa anak belajar. Nanti dah tamat belajar, keja belum tentu dan hutang PTPTN dengan faedahnya 3% akan menambat mereka sampai tua. Kalau dapat bekerja tak apalah. Yang tak dapat kerja macamana? Aku cadangkan tak payahlah memimjam kalau tak ada duit nak belajar. Cari kerja aje. Kerja yang halal. Dpt duit, bayar yurang PJJ. Itu lebih baik. Ada pulak yang kata kalau kursus tak baik atau tak ada potensi, mmg susah nak dapat keja. Mestilah susah nak dapat kursus tertentu kerana perlukan pencapaian yang baik. Sebenarnya banyak kursus ditentukan oleh pihak UPU sendiri. Senang cakap, tak payah belajar kat Universiti. Pas sekolah, cari keja kat kilang atau supermarket aje. Gaji kecik tapi jiwa merdeka. Tak pun masuk keja ladang aje. Lagi bagus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails