Thursday, April 26, 2012

Skuad Hoki Wanita Siap. Tapi Tak Berpakaian...

SKUAD hoki wanita negara mahu membuktikan yang mereka memiliki kualiti untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London, tapi tidak bersedia untuk berpakaian menutup aurat.

SUKAN

SKUAD hoki wanita negara dilihat sudah bersedia untuk menggalas misi besar pada kempen kelayakan Olimpik 2012 di Kakamigahara, Jepun bermula hari ini hingga 5 Mei depan. Selepas menjalani tiga perlawanan ujian di Korea Selatan, skuad kendalian Mohd. Nasihin Nubli itu akan turun memulakan kempen kelayakan dengan menentang Azerbaijan petang ini.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), S. Shamala menjelaskan, Malaysia yang berada di ranking ke-23 dunia mampu memberi tentangan kepada Azerbaijan (15) berdasarkan peningkatan dalam tiga aksi ujian baru-baru ini.

Dalam aksi tersebut, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Universiti Sukan Korea 3-2 dan tewas 1-6 kepada skuad kebangsaan Korea Selatan sebelum mempamerkan peningkatan ketika tewas tipis 1-2 kepada pasukan yang sama pada perlawa- nan ujian terakhir.

"Selepas menyaksikan peningkatan prestasi pemain kita dalam tiga siri ujian ini, saya rasa skuad kita sudah bersedia untuk memberi saingan dalam kempen Kelayakan Olimpik ini," jelas Shamala semalam.

"Saya anggap siri persahabatan kita di Korea Selatan ini memberi hasil yang positif meskipun kita tewas dua kali dan menang sekali.

"Namun, aksi ketika tewas tipis 1-2 pada perlawanan kedua dengan skuad kebangsaan Korea Selatan sedikit melegakan kerana jelas sekali pemain kita sebenarnya mampu memberi tentangan kepada pasukan No. 8 dunia itu yang menurunkan skuad utama mereka," katanya lagi.

Pada kempen kelayakan ini, tuan rumah Jepun (9) dan lawan Malaysia petang ini, Azerbaijan dilihat sebagai pilihan untuk me- menangi satu slot yang menjadi rebutan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara berfikir kumpulan sukan kerajaan Malaysia pimpinan BN/UMNO. Tiada langsung memikirkan untuk memertabatkan wanita Malaysia, sesuai negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Lain semua siap sedia, cuma aurat wanita tidak dijaga. Malang bagi wanita Malaysia, dipaksa berbogel (berpakaian bertelanjang) demi sukan negara. Wanita direndahkan ke taraf binatang oleh pemimpin-pemimpin UMNO pemegang dasar sekularis, dan materialis nasionalis.

Skuad Hoki Wanita siapsedia, tetapi tiada pakaian menutup aurat, apa lagi sewaktu bermain. Pemimpin-pemimpin BN/UMNO, sila lihat contoh dan perbandingkan dengan ahli-ahli sukan yang bertamaddun Islam, seperti di bawah ini.
Amazing Ruqaya'

Ruqaya al-Ghasara: Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita Arab, dunia Arab, Islam dan wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya. Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih. Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan. Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya juga layak ke kejohanan Dunia di Osakan tahun depan.

Boleh juga ditonton di sini:
http://video.google.com/videoplay?docid=6347673650280881388

Download Video:
http://www.4shared.com/file/7341433/90ca1807/atlet_bangga_islam.html

Bola Tampar





Ragbi









Lihat sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views
Thumbnail 4:32

No comments:

Post a Comment