Saturday, April 21, 2012

Tidak Bijak Singkir Najib -Barry Wain

NONE

KL 21 Apr 12: Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain berkata, perdana menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu.

"Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular.

"Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu.

Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tandanya kejatuhan BN sudah dekat. Siap-siaplah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails